Dokumen beli Kereta

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Beli Kereta Baru Perodua

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman aka loan beli kereta seperti Perodua, Proton, Honda, Toyota, KIA, Mazda, dan lain-lain adalah seperti berikut:-

Kakitangan kerajaan :

  1. Salinan IC (depan & belakang)
  2. Salinan lesen (depan & belakang)
  3. Payslip 3 bulan terkini

Kakitangan swasta :

  1. Salinan IC (depan & belakang)
  2. Salinan lesen (depan & belakang)
  3. Payslip 3 bulan. Kalau ada ot atau elaun sila bagi 6 bulan.
  4. Bank statement @ penyata KWSP

Berniaga – Lebih 2 Tahun

  1. Salinan IC (depan & belakang)
  2. Salinan lesen (depan & belakang)
  3. Salinan pendaftaran syarikat (ssm) – berniaga lebih 2 tahun
  4. Bank statement 6 bulan

Skim Graduan (sehari bekerja layak memohon) :

  1. Salinan IC
  2. Salinan lesen
  3. Salinan skrol degree atau diploma / transcript
  4. Surat tawaran pekerjaan

Student / Pelajar :

  1. Salinan IC
  2. Salinan lesen
  3. Kad pelajar
  4. Dokumen penjamin (ibu@bapa yg masih bekerja)

Syarikat Sdn. Bhd.

  1. Salinan IC director
  2. Form 9, form 24, form 44, form 49
  3. Bank statement syarikat 6 bulan

Kenapa Bank Perlukan Dokumen Untuk Apply Loan?

Penilaian Kredit

Institusi kewangan seperti bank perlu menilai kredit anda untuk menentukan sama ada calon yang sesuai untuk membuat pinjaman.

Sekiranya anda layak, bank perlu mengira berapa banyak pinjaman yang dibolehkan untuk memastikan anda mampu membayar balik pinjaman yang dimohon, setelah monolak perbelanjaan bulanan (komitmen) dan hutang sedia ada.

Lihat panduan membeli kereta Perodua di https://www.perodua.com.co/panduan-membeli-kereta-perodua-untuk-keluarga-muda-di-malaysia/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button